Wednesday, 31 December 2014

MEMORY 31 DECEMBER 2014

Assalammualaikum...

Orang kata harini "page 365/365"..

Maka berlalu lah lagi 365 hari bagi tahun 2014.. Pantas kan masa berlalu..

Mengimbau memori 2014.. Less than 50% yang ada dalam memori. Mungkin selebihnya hanya dengan gambar gambar yang menjadi sejarah.

Kan orang kata.. Manusia ini sering kali berlaku. Tapi gambar itu kekal dan takkan pernah berubah. That's how you keep your memories.

Banyak benda yang happen in 2014. Banyak jugak yang dapat dijadikan pengajaran.. Moga diri ini mampu jadi lebih baik in 2015 dengan izinNya.

Tak mau cakap banyak sebab nak kena baca buku nak kena exam di tahun baru.

Dengan ini, akak belanja beberapa keping dari ratusan photos yang ada.. This is how i create another memory in 2014 with these awesome gegurls.

Dan ingat. Kawan tak semestinya mereka yang sentiasa ada di sisi di samping kita. Tapi cukuplah di setiap doa terselit nama kita ni hah. Satu bonus kalau di setiap kegembiraan mereka, terselit nama kita jugak.. Macam mereka ini. Love you all!!









Semoga kita berjumpa di tahun 2015..

Sekian.

Thursday, 25 December 2014

Audit the whole semester

Assalamualaikum..

Pertama sekali, takziah buat sahabat handai yang terlibat dengan banjir terutama yang berasal dari Kelantan.. Moga tabah menghadapi ujian dan juga exam di hari esok.. Berat mata kami memandang berat lagi rasa di hati mereka yang mengalami. Moga kita yang berada di sini jangan berhenti mendoakan mereka kerana doa itu senjata kita..

Cerita yang bakal dikongsikan berkisarkan "audit" untuk semester kali ni. Benda wajib setiap kali penhujung semester kan. Maka entry ini mungkin sedikit panjang.. 

Alhamdulillah.. Berjaya melepasi satu exam decentralized "advanced taxation" on last Tuesday.. Hanya Allah yang tahu perasaan ketika jawab exam. 90% otak blank!! Not only me but almost students. 

Sudah lah mid term 3/4 students FAILED!! Allah.. Subjek paling tak boleh nak brain for this semester. Then, at the end exam madam asked siapa will be graduating this semester. Kami semua boleh agak madam mesti tolong mereka ni punya. Maka kami yang belum graduating ni macam mana? Tak fair bukan? Sekarang hanya mampu berdoa dengan harapan term paper madam akan bagi full mark. At least dekat situ boleh membantu. 

Next, Strategic Management. Ini subjek lebih kepada course business. Sem ni memang lebih kepada business berbanding Accounting. Subjek ni tak hado midterm. Markah bergantung kepada projek dan presentation presentation. Tapi madam memang sangat sporting..

Setiap kali presenatation discussion semua itu for sure madam cakap "you have done good job" "good job" "excellent" dan seangkatan.. Bila tengok result, hampa jugak.. Sabar sajalah..

Next "International Business".. Subjek business jugak by Sir Ridhwan Fointain.. Cakap pasal midterm, semua kami ni dapat markah hampir sama. Rasa pelik pun ada jugak.. Jarang kut dalam class semua student akan dapat markah yang lebih kurang. Krik kruk krik kruk..

Then ada tiga assignmnets kena settle. First, FOREX. Satu class tak tau sir nak apa sebenarnya.. Maka kami decide untuk buat ikut kefahaman memasing. Alhamdulliah got 4/5 for that walaupun merepek merapu.

Another assignment is Islamic Perspective, Ini paling tak hodo kaitan dengan course!! Dan paling contribute banyak mark sebenarnya. Every week kena dengar satu talk then summarize dan give opinion. 

Biasalah students macam aku ni semua nak buat last minit. 12 videos kena dengar on last week!! Memang aku tersenguk senguk dengar dengan tak hado subtitle nya tak ada mentioned ayat berapa. Aku ni bukan hafizah yang boleh tau dia baca ayat verse berapa. At the end aku just mentioned nama surah saja. Huhuhu.. Dan got 17/20!! Mungkin sebab aku just buat 11 instead of 12. Hahahaha.. Agaklah sir suruh tengok duration min 15 minutes but most yang aku tengok 40 minutes and above. Dah lah nak fikir exam lagi. Memang kurang focus kut nak buat benda ni!!

Last assignment is global sex. Lagilah entah pape. Aku kena part value chain how it is happen internationally. Apa lagi memang merepek merapu jugaklah.. Merepek merapu aku tu lebih 20 references jugak aku buat..Tapi alhamdulillah got 18/20 for that. Berbaloi baloi!!

Dan total carry mark sudah lulus over 50 termasuk midterm daripada 60.. Ingat bila dah dapat 50++ tu kira pass lah? Jangan mimpi.. UIA ni kalau mood tak helok, ko dapat almost 60 pun boleh failed lagi. Tak ke pelik nya? Haih..

Then, EOP. English Languange. Making proposal.. Hanya dapat 16.++ only over 20!! Sedih!!! Tapi sebenarnya, total carry mark dah cukup tinggi.. Just prepare for final exam, insha Allah boleh dapat A or A-.. Amiin..

Next is audit.. Yang ini paling aku tak tau. Midterm kuiz projek presentation semua tak hado khabar berita sampai sekarang.. Memang tak taulah pendek katanya..

Last one is AGA. Accounting course. Krik kruk krik kruk.. Kuiz entah pape exam pun entah pape. Padahal madam ajar sebijik jibik jebun kat depan tu hah!! Bila exam kuiz putar belit sikit dah blur tahap langit ke-2. Pray for final exam..

Maka marilah kita berjuang untuk final exam.. Doakan kami!!

Sebelum itu, lets enjoy pictures for this semester!!

EOP!! Madam yang sempoi habis!! TQ for party madam!

Class IB!! Bersama groupmate!!
Bagi extra large nak tengok sir ensem boi!!

Ini interview section for projek audit!!

Sekian warkah kali ini.

Bai bai bai..

*prayForPantaiTimur*

Friday, 19 December 2014

L.E.F.T-G.R.O.U.P

Assalamualaikum..

Bertemu kembali di waktu kesibukan begini.. Hihi.. Sebenarnya saya ada banyak topic yang harus dibincangkan di sini. Siap listing lagi tau.. Tapi akan diupdate dari masa ke masa mengikut kelapangan masa penulis bertauliah ini..

Cerita kali ini ada kisah "L.E.F.T .G.R.O.U.P".. Beberapa harini isu tersebut sangat menjadi berita hangat di temlen twitter jugak group wassep. 

Al kisahnya bila ada kawan kawan yang nak left group wassep atas sebab sebab personal mungkin.. Sudah cukup elok kiranya mereka nak left group pun minta izin.. Tapi ada je mereka mereka yang mempersoalkan kenapa perlu sampai nak left group bagai..

Erm.. Tambahan mereka lagi, sekalipun group tu merapu rapu no need sampai nak left group. Mute setahun without noti pun dah cukup *owh itu pesen saya. Semua group pun buat macam tu except for group study for current sem.*

Kiranya, mereka ini terhurt peeling kununnya.. Saya? Tak kisah sebenarnya sebab dalam certain group saya memang tak aktif *silent reader only*.. 

Honestly, saya rasa tak perlu kut nak hurt feeling benda sekecik macam ni. Hak memasing kan.. Lagipun memasing dah besar panjang boleh fikir baik buruk dah matang *kita dah besar* ..

Mungkin jugak emosi semua orang tengah kurang stabil ni sebab final exam dah semakin dekat!! Btw, siapa yang ada exam zakat 19/12/14 all the best korang! Fighting for your final exam final semester..

Back to the topic, nampaknya cadangan saya untuk list down adab adab berwassep jugak mendapat sambutan. Huhu..

Dan bagi saya tak perlu lah nak keruhkan keadaan tweet dekat si burung biru sambil bunyi macam memerli kan.. Kemon gegurls semua.. Kita kan kawan.. Dah final sem pun takkan nak bermasam muka sebab wassep kut? Nampak kebudakan sangat bukan..

Sungguhlah orang kata, wassep ni menimbulkan pergaduhan dengan last seen, double tick, blue tick and now left group pun nak jadi masalah.. Tolonglah jadi gegurls yang bijaksana okay kawan kawan?

Marilah kita melupakan kisah left group ni ye.. Nanti pegi exam jumpa kengkawan bermasam muka berpura senyum tak tenang kang jawab exam..

Next entry insha Allah saya akan update kisah semester saya kali ini..

Penulis berkata: Tadi dia ada presentation audit focus on internal control and test of control. The problem is bila penulis silap bawak slide yang belum diedit.. Makanya, explanation w/o slide lah. sudah lah dalam kelas besaq!! Bersabar lah ye..

Sekian.

With lots of love
-dhaz @didi*

Sunday, 14 December 2014

MY P.R.I.N.C.E

Assalamualaikum..




Totally agreed with that quote!! 

"The point is we can't help who we fall in love with"

Kata kata orang zaman sekarang jodoh itu rahsia Dia.. Sama seperti bila akan datangnya kematian yang juga rahsia Dia.. 

Asyik bertanya "di mana dia tulang rusuk kiri ku?" tapi soalan bila agaknya kita bakal mengakhiri hidup di dunia sementara ini jarang sekali di dengar..

Saya bukanlah baik mana pun tapi sekadar peringatan bersama.. Tapi sebenarnya lebih kepada mengingatkan kepada diri sendiri..

Back to the picture.. Betul sangat.. Siapa sangka dia yang menjadi musuh di zaman kecik tiba tiba dah besar jadi encik suami *ini bukan kisah saya*

Dia yang dulunya bila jumpa macam kucing dan anjing akhirnya sekarang bagai isi dengan kuku *ini jugak bukan kisah saya*

Dari cerita cerita kawan.. Banyak je kisah macam. Unexpected couple!! Bila dengar kekadang rasa sweet sangat.. 

Couple dimaksudkan di sini married couple ye.. Kisah unmarried couple tak begitu menarik di telinga bukan.. 

Kawan kawan yang dah graduate khususnya yang berjuang di bumi uia ni dah mula risau bila putera raja mereka nak datang menjemput.. Erm.. 

Saya pun masih menanti juga. Huhu.. Putera putera memanglah banyak dekat sini tapi banyak juga yang telah berpunya *married and unmarried couple* Tambah tambah saya ni dah jadi kakak senior.. Lagilah limited nak mencari..

Tapi saya tak berapa nak kisah sekarang. 

Mungkin sebab saya masih belum graduate?

Mungkin jugak sebab objektif saya belum tercapai?

Mungkin kerana orang yang saya admire terlalu ramai peminat? 

Mungkin sebab masanya belum tiba?

Bila masanya dah sampai adalah tu.. Tak perlu nak risau sangat ye kawan kawan.. Tapi...

Mereka kata memanglah jodoh tu dah ditetapkan tapi kita ni hah kena usaha jugak. Mana ada jodoh tu nak datang sendiri...

Tapi ada je kawan saya yang tiba tiba putera dia datang dari pelusuk mana.. Dia tak carik pun..

Okay. Setiap orang punya kisah sendiri.. Ada kisah macam Cinderella.. Snow White.. 

Kisah saya juga semestinya berbeza.. Mungkin seseorang yang tidak di sangka.. Siapa tahu? Mungkin dia kawan sekolah? Ke kawan universiti? Atau kawan sekerja? Atau kawan yang terserempak di tengah jalan?

Allah.. Dah kenapa aku ni hah.. Nak buat drama apa? Jejoms sambung buat assignment!!

Sekian..

With lots of love,
-dhaz-

Friday, 12 December 2014

Dream!

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua.. Another hectic week for this semester.. Yehuu.. Semoga menjadi kenangan terindah sebagai student.. Lagi indah kalau dapat jadi best student.. Huahuahua.. Berdreaming sungguh saya kan..

Only a few days before having final exam.. But, up until today, there is no single preparation for that.. Bagus sungguh saya ni. Jangan esok exam malam ni baru study.. Bukan sengaja pon tapi assignment ni hah.. Tak nak siap siap.. Banyak sangat article kena baca.. Dah besaq ni, saya dah kurang rajin nak membaca.. erm. Kalau  macam ni gaya, cane nak dapat dean list idaman kalbu tu?

Baiklah. Menulis sekadar ingin membuang kebosanan berassignment saja. Mari kita sambung berdating dengan assignment!!

P/s: Stop from being ridiculous, childish dan yang sewaktu dengannya.. Doakan saya untuk berfinal exam..

Sekian,

With lots of love,
-dhaz-

Saturday, 6 December 2014

It's hectic week!!

Assalamualaikum...

Berkesempatan jugak menghupdate blog ni kan walaupun tahap kesibukan bagai taufan yang melanda. Sampai menghuru harakan emosi perasaan jugak kehidupan..

Tarik nafas lega bila minggu ni telah pun berlalu walaupun kekacauan emosi sangat ditahap maximum. Meroyan dalam twitter bagai. Kemuncaknya bila wassep sahabat kesayangan, Ainun sambil satu dua tiga titik air mata jatuh.. Terasa betapa lemahnya diri sebagai student bila diuji dengan sedikit kesusahan lalu tidak mampu mengatasinya tanpa sebarang rungutan..

Alhamdulillah.. Satu lagi minggu "DISASTER" berjaya diharung!! Satu project tumbang satu exam tumbang satu presentation tumbang!! Jugak satu class telah berakhir!! Tahniah buat diri sendiri *sambil clap clap hand senyum kambing*

Jugak Alhamdulillah bila Allah perkenan doa assignment Audit postpone next week!! Maka kerja next week bertambah lah ye.. Manfaatkan weekend yang ada..

Maka gambar gambar dibawah inilah project yang selesai dipresent!! "CSR PROPOSAL" untuk subjek LE 4600-EOP (ENGLISH bla bla bla *tak ingat*

 Thank you to Puan Ainun sebab sudi melayan kami sudi diinterview jugak. Jugak kepada Madam Rozi yang sangat sporting 200%.. This is first time seumur hidup saya jatuh cinta dengan subjek english.. First reason, madam yang sporting. Second, rasa macam senang nak faham walaupun subjek ni sangat focus on grammar..

Subjek ni jugak antara subjek yang kerap buat aku meroyan.. Some of classmate selalu buat stress gegila!! Seriusly.. Sampai satu tahap kekadang rasa nak meletus depan depan tapi mengenangkan assignment, maka ditahankan hati.. Elakan rasa awkward walaupun jiwa merana. Cehhhhhh.


Our PROPOSAL!!!!
 
Day of Presentation with our sporting Madam Roziana :)

Day of Interview with Puan Ainun in front her shop!! 

Besides that, i have done my second test AGA.. I think it is better than my first test but honestly i still dont satisfy with my performance. Doa and tawakal..

Sekian terima kasih.