Sunday, 30 October 2011

Merenung semula


Salam..

Baru buat kuiz MAF through on9. Sangat tak suka sebab selalu dapat mark yang sgt tak memuaskna hati.. Tambah2 bila web dia selalu prob..

How about IA exam? Sangat mendukacitakan lah!! Dah buang 24/70!! Sedihnya hati saya.. Soalan dia susah atau saya yang tak reti2 nak jawab?? Yang saya tau, saya sedih tak dapat jawab IA.. But just forget it.. Jangan susahkan hati dengan bende yang dah lepas.. SMILE!!!!

Nak citer ni.. Sejak masuk uia ni kan.. selalu je merungut pasal tu lah ni lah.. Pendek kata setiap hari pasti ada rungutan dr diri ini. Lebih2 lagi bila musim exam..

Selalu jugak fikir bende ni.. Dulu waktu sekolah, tak pernah pun nak merungut "eh!! esok aku exam.. bm, sej dan si".. Skg ni "wei!! sok aku exam.. maf".

Kenapa waktu sekolah dulu dalam sehari ada 2-3 exam sekali gus tp tak pernah pun nak dipersoal? Padahal, byk bende kena ingat.. Siap masuk topic yang dah berhabuk dlm ingatan lagi.

Sekarang, satu hari satu paper je. Pastu dia just masuk topic yang belajar untuk sem baru. Tp, rungutan melebih2 pulak.. kan kan kan.. selalu jugak fikir.. Kenapa nak merungut lebih2 ni?

Tp bila fikir balik.. Sekolah dan U mana sama!! Dekat sekolah cikgu bg makan free je. Kat u kena cari makanan sendiri.. Memanglah.. Kan dah besar!! Takkan nak orang lain bagi makan.. Fikir elok2 lah.. Kalo hidup ni selalu nak harapkan orang lain, sampai bila2 pun kita takkan dapat belajar pasal hidup..

So, wahai diri tolonglah kurangkan sikit rungutan tu.. Fikir positif sikit..


Wednesday, 26 October 2011

Salamm..

-->DEBAT PIALA PERDANA MENTERI<--
USIM vs UITM
Semalam sempatlah untuk manghadirkan diri ke DEBAT PIALA PERDANA MENTERI kategori Bahasa Melayu after habis berusrah bertempat di CAC IIUM. Nak masuk pun kena check beg owh.. Pertemuan antara USIM merangkap "saudara UIAM" melawan UITM.. Sebab saya penduduk UIA maka, mestilah saya sokong saudara saya USIM!! huhu.. Waktu dia nak announce winner, saya tumpang gementar jugak.. Finally USIM menang dan pendebat terbaik pon dr USIM.. Pendebat tu memang sangat coomel..

"AKAN KU BAWA KE JALAN YANG LURUS"-->dapat dari pendebat USIM..

Kategori English pulak menemukan UIAM dan UITM jugak.. Ntah kenapa UIAM boleh kalah kan.. UITM bolot winner dan pendebat terbaik owh... Terkilannya tgk UIAM kalah ditangan UITM!! Terima je lah dengan hati yang pasrah.. Even bukan saya yang masuk bertanding plus tak tengok pon tp, sebagai pelajar UIA, mestilah rasa sedih kan.. Full stop..


--->INTERMEDIATE ACCOUNTING<---
Serius.. Saya tak pernah rasa macam ni.. Jumaat ni exam IA.. Tp, tak tau nak study dr mana.. Agak kurang nak memahami subjek. Ni subjek accounting kot.. Tp, tak boleh nak buat. Susah hati.. Nak berguru tp sendiri malas nak cari guru.. Lepas tu ada hati pulak nak beronline kan kan.. Apa nak jadi ni?? IA aku cuba untuk menyintaimu maka, bukaklah hatiku dan hatimu jua. Semoga urusan kita berdua dipermudahkan.. Ayat apalah aku guna ni... huhu.. dah dah dah dah...

Sekian..

Sunday, 23 October 2011

"Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba hamba ALLAH yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya(dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini-sambila baginda SAW menunjuk ke dadanya 3x- Cukuplah seorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap orang Muslim ke atas Muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya."


Exam Mood

Saya ada exam yang sedang waiting for me..
Jugak ada kuiz kuiz yang setia..
Tak lupa pada assignment..

Sangat terharu dgn mereka2 semua..
So, nak balas budi baik mereka..
Kena baca buku dengan semangat..

Dengan saya mengisytiharkan..
Saya dalam EXAM MOOD!!




Friday, 21 October 2011

Belog jd FB

Actually nak post kat FB.. But, rasa macam kurang elok kot. So, post kat sini je lah.. Tak de orang pon nak baca kan.. Means, hari ni post entry twice!! Dahsyat!! Setadynya kat mana?? Habislah macam ni!! Tak pe tak pe.. Selesaikan dulu yang ni..

As saya selalu cakap, bila kita jadi stalker terhebat, diri sendiri jugak yang merana kan.. Tp masalahnya, saya tak stalk pon orang tu.. Dah status dia kuar kat home.. Mestilah terbaca kan..

Tergamam jap bila baca.. Tak tau nak respon apa.. Nak komen takut ada orang terasa hati. So, biarkan dri sendiri memakan hati..

Bila fikir balik kan.. Kadang kadang terfikir jugak.. Dorang ni tak reti nak jaga hati dan perasaan aku ke? Dorang ni tak tau ke aku ni still wujud? Dorang ni anggap aku ni apa r?

Sering kali soklan2 mcm ni bermain kat otak.. Padahal tak masok exam pon.. Kadang2 tu nak teros je muntahkan semua depan dorang.. But, if aku buat mcm tu.. Nama aku bukan D HAZLEEN AHMAD RAMLEE.. Sebab, d hazleen takkan buat bende2 macam tu.. Dia lebih suka pendam semua. Tp, sampai bila? Sampai bila2 pon.. Cubalah korek if dapat.. huhu..

Status yang patutnya diupdate kat FB:
KORANG NI TAK RETI NAK JAGA HATI AKU KE? RASA MACAM NAK SEPAK KORANG PI LAUT!!!

Jadi kejam kejap. Sekali sekala perlu jugak buat mcm ni nak hilankan stress.. Huh.. Lega sikit dapat luah kat my belog.. Terima kasih belog sebab sudi jadi pendengar setia!! Lov u so much!1

Cemburunya Hati

Bila hati mula cemburu..
Jiwa berasa kacau..
Ketenangan mula hilang..
Perasaan berdolak dalik..
Ayuh perbaiki balik hati ini!!



Thursday, 20 October 2011

Perlu kah??

menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi

setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni

perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu


Tuesday, 18 October 2011

Disebalik Dugaan

Salam..

Tadi sempatlah pigi berusrah be4 nak bermeeting kan.. Tertarik dengan 1 ayat yg sempat dikongsikan para ukhti2 seperjuangan..

"Apkah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (29:2)

Selagi kita bergelar manusia, selagi tu lah kita akan sentiasa diuji denagn pelbagi cubaan.. Tp ingat, ALLAH menguji kita pasti ada hikmahnya. Jugak berkesuaian dengan kemampuan kita.. Tengok ayat ni pulak..

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."(2:286)

Hah.. tengok tu.. Setiap permasalahan yang kita hadapi tu pasti sesuai dengan diri kita.. So, bila kita ditimpa musibah ke, ujian ke dugaan ke dan apa apa yang sewaktu dengannya... Terima lah dengan hati yang tenang.. Dan berdoalah kepadaNya semoga segala urusan kita dipermudahkan. Sesungguhnya ALLAH begitu suka bila manusia ni berdoa kepadaNya.


""...Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran..."(2:186)

Lepas ni, if kita diuji ALLAH, janganlah nak bersedih sedih lagi.. Sebenarnya ALLAH sayang kat kita sebab tu DIA nak uji kita. And tentu sekali baik buruk yang DIA beri kat kite tu ada sebab kan.. Antaranya:


"1) Kerana Dia mahu mengingatkan kita kepadaNya.

2) Kerana Dia mahu mengampunkan dosa kita.

3) Kerana Dia mahu mengangkat martabat kita di sisiNya.

(3 bende kat atas tu copy je)

Ok stop berblogging sebab esok ada kuiz tapi tak study lagi.. So, semoga bermanfaat buat semua pembaca..

Thursday, 13 October 2011

Semua serba tak kena

Salam..

Hari ni umpama hari malang bagi saya.. Boleh tak nak cakap macam tu? Menangis skg agar hati mendapat sedikit ketenangan..

IRON CHEF
Saya jadi ass for pub pro.. So, tadi taklah saya sebuk mana nak incharge prog tu.. Tiba2 pm dia suh aku handle hadiah pulak. Saya tak tau lah mcm mana.. Dah secara tiba2.. Lain kali cakaplah awal2.. Tu 1 hal.. Soal baju pulak.. Ntah kenapa saya ni lurus bendul sangat sangat.. Semua budak pompuan tak de pun pakai baju iron chef tu.. Saya je telebih semangat..

HANSET HILANG
Cuak jugak tadi tiba2 hanset takde dalam beg.. Ngat ada suh aie pegang jap. Bila tanya, takde pulak.. Dalam hati dah fikir hanset hilang.. Pastu aie kata ada kat SLUE.. Macam mana saya boleh lupe ni? Lega hanset dah jumpe balik. Even hanset tu mogok, saya still sayang. Sebab mama yang bagi.. So, terima kasih kat orang yg jumpa hanset saya tu..

KUIZ MAF
Ni satu citer pulak.. Bila sentuh bab ni, rasa nak menanges sgt.. Sem ni kuiz ktorang buat through online tau.. Bila saya nak login web dia, everything clear.. Click je button start kuiz, alamak jangan lah macam ni.. Web dia error pulak.. Try byk kali.. Then, ok jugak.. Ada 20 minit lagi.. Jawab secepat mungkin.. Tiba2 web dia error lagi.. Sampai skg still error. Conclusinya, saya tak dpt buat kuiz maf since masa dah habis. Rasa macm nak menanges je. Benci betul kuiz online ni.. Tolong lah tukar system ni.. Menyusahkan adalah.. Sedih sangat tak dpt buat.

Tuesday, 11 October 2011

Bila kelak dipersoal..

Salam..


Jika semalam dan semalam saya sangat sedih.. Hari ni pulak saya sangat risau.. Bukan setakat hari ni je.. Hari2 sebelum ni pun saya sangat risau 1 bende..

TANGGUNGJAWAB..

Semua orang pasti ada tanggungjawab mereka kan.. Saya pun sama. Sebagai seorang hamba Allah semestinya, sebagai khalifahNya di muka bumi ini.. sebagai seorang anak, seorang kakak, adik, pelajar, brc, econs society, kawan.. dan byk lagi lah..

Saya risau jika suatu hari semua tanggungjawab saya dipersoal.. Bukan jika tp PASTI DIPERSOAL KELAK.. Macam mana saya nak jawab?? Even sekarang saya sediakan skrip banyak mana pun, pasti tak membantu risau. Ni lah sebabnya saya agak kurang nak ikut aktiviti kat uia.. Saya tak mampu nak galas tanggungjawab yang berat.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."



Salam..

I'M SO TIRED TODAY

Serius.. Saya sangat penat hari ni.. Sampai rasa mcm nak menangis nangis dah.. Skg pun mata dah berair tahan air mata.. Sedih sangat sangat sangat.. Saya tak balik bilik for 12 hours..


I'M SO SAD

Saya sedih bukan setakat tak dapat balik bilik.. Tp, hati saya betul betul terluka.. So, bila bila masa saya boleh menangis starting today. I need my family rigth now.. Saya sangat sedih tau tak? Rasa macam nak jerit je....
Saya memang boleh still tergelak ketawa depan semua orang.. Tp, semua tu PALSU!!! Semata mata nak sorok kesedihan..
Apapun saya kena bertahan bersabar dan kuatkan semangat.. Saya tak nak orang kasian simpati kat saya. Saya tak perlukan semua tu.. Saya tak nak!!! Bukan tu yang saya nak!




Saturday, 8 October 2011

Lindungi Hatiku

Salam..

Semenjak dua menjak ni kan, saya ingin sangat sangat nak belajar 1 2 bende baru. Nak tau apa?

BERPRASANGKA BAIK & IKHLASKAN HATI

2 bende ni memang sangat2 nak belajar.
Bila kite berprasangka baik, hati kite automatik jadi tenteram..
Pernah rasa tak macam tu?
Betol..

Saya nak berprasangka baik sebab saya tak nak hati saya terluka..
Kiranye ni satu cara how saya nak protect hati saya..

Saya tak nak rasa dengki, sakit hati, marah, tak puas hati and so on bermaharajalela dalam hati saya..

So nak elak semua bende tu, saya kena berprasangka baik..
Kadang2 memang susah..
Tp, lagi susah bila sifat2 syaitan tu bersarang dlm hati..

Saya rasa susah hati..
Tak boleh nak fokus dgn semua bende.

Dengan prasangka baik, hati saya rasa sedikit selamat..
Saya mampu tersenyum walaupun pahit..

Sungguh aku tak ingin hati ini diluka mahupun terluka..
Aku jugak tidak mahu melukakan hati orang lain..
Sungguh aku tidak mahu merasa semua ini.



Wednesday, 5 October 2011

-->JADUAL BARU<--
Kenapa dgn jadual baru aku? Kenapa? Sebab sgt best.. Isnin dan selasa adalah hari yang sgt memenatkan. Kelas start pagi2(tak lah pagi sgt pon) then, trus dan menerus sampailah jam 9.30 malam. Adalah jgk masa nak rehat jap, isi perut jap.. solat jap.. Tp memang sgt memenatkan dan paling menyedihkan bila tak dapat nak balik bilik seharian.. Mcm mana lah nak buat ni.. Yang bestnya pulak, after penat class and class and class.. I still free on tue and thu.. Boleh tak nak cakap jadual sem ni mcm after 12 jam class memanjang, lepas tu 12 jam rehat.. Apapun, still memerlukan rehat dan tenaga yg byk on mon and wed..


-->HOW<--
Entry ni khas ntuk sorang kawan ni.. Maaf sgt2 ye.. Tak sangka pulak boleh jd mcm ni.. Ye lah.. If aku tau, tak lah aku jadi hura hara ni. But, takkan nak cakap aku risau risau risau sangat sangat sangat kan.. Biar aku je risau sorang2 kat sini. Dont know how to explain it. But manyak susah hati maa.. Macam mau menangis saja ni.. Why aku yg kena ni?? Macam mana macam mana macam mana ni?? Takkan aku nak salahkan org lain pulak.. Tak nak lah.. Biar aku sorang je tanggung biar berat mana pun.


-->NAK JAWAB APA?<--
Hah.. tadi meeting. Esuk meeting.. Dan aku sure hari hari after this mesti ada meeting lagi.. Kalo boleh aku nak cipta seribu alasan tak nak dtg tau.. Tp bila fikir akibat2 dia, tak sggp aku nak tanggung.. Ye lah.. Nanti bila kena tanya aku ada jalankan tugas ke? Aku nak jawab apa kan.. If skg boleh aku nak kelentong.. Tp kemudian hari, walau sebijak mana pun, belum tentu dpt jwb tau. So, bila fikir mcm tu, seboleh bolehnya tak nak fikir alasan dah..So boleh dikatakan if skg aku dlm proses mengurangkan penciptaan alasan.. Satu pembelajarn yang bagus bukan??

Saturday, 1 October 2011

3 in 1

Salam

-->test 1 ia<--
Berharap sgt if soklan dia sgt senang. Spt biasa, apa yg kita nak tu, tak semestunya akan dapat.. Sgt tak berpuas hati. I knowlah saya tak study sepenuhnya. Tp, at least, baca soklan pun tak pass.. Soklan just nak income statement kan.. Yg terlebih rajin smpi buat SOA n BS tu kenapa? Adoi.. bazir masa je buat 2 bende tu tau.. Just wait for the result..

-->usrah<--

Setelah sekian lama tak pergi berusrah kan, rasa mcm malas nak menghadirkan diri. Sejujurnya saya akui.. But, hati ini digagahkan jua. Finally, saya berada dalam masjid with akak usrah, adlin, mira and ain..

Dah lah dlm usrah tu asyik terbatuk batuk since tekak ni sgt gatal. If dapat garu, dah lama saya garu.. Spt, telah mengganggu sesi berusrah pulak..

Then, mcm saya cakap, dah lama tak pergi usrah kan sebab cuti panjang.. So, hari tu, rasa mcm blur sgt.. Bila ditanya something, just jawab tak tau.. Otak still tak berfungsi dgn baik. Sangat memalukan..

Lepas tu akak usrah ajak iftar sama2. Mulanya taknak dinner pun mlm tu. Tp bila akak tu ajak, kena pg kan. Dah tak tau alasan apa nak bagi. (memang suka cr alasan ye)

After iftar tu, ktorang pg lah dgr talk pulak kan.. Talk about apa pun dah lupa.. Tgk mcm best.. Tapi for me, ok lah.. Sebab sgt ngantuk wktu dlm hall tu.. If ada org tanya, talk tu about apa, tak boleh jawab rasanya..

Pastu balik bilik and continue tgk secret garden. Finally, khatam jugak lah saya tgk drama tu..

-->ambik berat<--
Tadi, akak usrah calling calling.. Rasanya dia nak tanya about activiti yg dorang nak buat kot.. Kiranya tadi mmg nak msj dia pun. Dah akak tu call, jimat masa, tenaga and credit nak mesej. huhu.. Pastu akak tanya ok ke tak.. Suara mcm pelik.. Cakaplah tak berapa nak sehat kan.. Dia tanya dah ke belum and bla bla bla.. Sejujurnya lagi, saya tak selesa if ada org yg caring mcm tu. Kenapa? Rasanya, tak perlu lah nak ada reason kan..

Rupanya, akak bilik aku terdengar pulak aku borak dgn akak usrah.. Then dia pulak buat soal siasat. Soalan yg sama mcm kak usrah jugak. Demam ke, dah lunch ke, dah makan ubat ke.. Ok..
Memang tak lunch lagi.. Semalam pun tak lunch tak dinner.. Sebabnya saya malas nak makan. Especially bila weekend mcm ni kan. Malas sgt nak turun. Plus, if aie tak de, bertambah malas lah saya nak makan.

Cakap pasal ubat.. Erm.. bila dah teruk sgt baru nak g klinik kan. Tu lah tabiat saya. Selagi boleh tahan, selagi tu tak nak makan ubat. Tapi memang agak tension bila selsema + batuk menyerang.. Kata orang sakit ni boleh menghapuskan dosa2 kecil kita..

Apapun saya nak cakap thanx to
**kak maryam**
~sebab tak jemu ajak kitaorang pi berusrah. Even, saya selalu bg alasan tak nak p. Terima kasih byk. Then thanx jugak sebab caring dgn saya..

**kak wani**
~thanx kak wani sebab amek berat dgn saya. Br nak masuk 3 minggu kita kenal walaupun sem lepas selalu teserempak odw nak g toilet, akak sgt amek berat n baik dgn saya.. teharu since saya tak de kakak yg nak amik berat like that.

**to all yang amek berat diri ini**
~Thanx semua..