Saturday, 20 September 2014

H.E.L.P

Assalamualaikum..

Watch one Islamic Video

Once a week

Duration more than 15 minutes

Speaker: English speaker who known to be following the position of Ahl Sunnah wa Jamaah

Half the talk MUST be TAFSEER OF QURAN!!

Try to listen speaker about same topic.


One of assignment untuk course INTERNATIONAL BUSINESS!! Sekali pandang memang tiada kaitan pun assignment ni dengan course. Tapi sebagai university yang membawa imej "ISLAMIK" maka tiada apa yang nampak pelik.. 

Any suggestion? Sejujurnya, aku tak tau pun speaker speaker untuk benda benda macam ni.. NOUMAN ALI KHAN je kut. Tu pun sebab pernah datang dia punya talk dekat pwtc. Erm. Kesiannnnnya..

Macam mana nak carik?? Nak google benda benda macam ni takut terjumpa pengikut lain pulak. Haih.. Mohon bantuan...

BER------>B.R.O.G.A

Assalamualaikum..

U.M.B.A.N  B.E.L.A.K.A.N.G

16 SEPTEMBER 2014

HARI MALAYSIA

BROGA TIME


Broga termasuk dalam "dhaz things to do" dan "dhaz bakar lemak".. Banyak jugak list saya kan.. Ngeh ngeh.. Maka disebabkan ainun mengajak berbroga, maka laju saja ajakan itu ku terima.. Tambah tambah class bercuti. Hahahaha

Para peserta hari tersebut ialah saya sendiri, ainun, ummi dan jugak abang ainun selaku kami punya bodyguard! Hehehe..

Memandangkan kami berbroga pada weekdays maka, dalam kepala otak ni fikir tak ramai kut yang pergi. Mesti dorang bersantai santai dengan family. Rupanya, macik oiiiii tak jumpa parking pun. Maksudnya, sepanjang jalan area broga tu kereta kiri kanan dah parking. 

Kami sampai around 7 am macam tu. Waktu tu, dah ada orang yag dah habis berbroga. Pukul berapa ntah dorang ni datang..

Pancit jugaklah cik akak berbroga tu. Tinggi macik oii. Nasib akak tak gayat!! Tapi malangnya tak mampu sampai ke puncak.. Sikiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit je lagi sebenarnya, Atas sebab sebab tertentu.. Next time wajib sampai puncak!!!

Turun berbroga, kita main gelongsor.. Sebab kaki dah kurang tenaga.. Hampir tergelincir jugaklah. Nasib baiklah ummi ada dekat depan. Kalau tak, konfirm ada yang calar balar teruk.. Hanya kuku mengalami sedikit kecederaan..

Seperti biasa hasil tangkapan dipertontonkan.. 








Maka sekian kisah saya berbroga sempena menyambut Hari Malaysia!!!


Friday, 12 September 2014

SEMINGGU BERLALU..

Assalamualaikum..

Jumaat. No class at all. Senyum selebar yang boleh.

Hari untuk merehatkan badan sementara masih berada di awal sem. Sebelum membusikan diri dengan article homework assignment class ganti presentation kuiz test diskusi midterm dating.. Eh..

Erm.. Masih dengan hidung tersumbat.. Rasanya kali ni flu yang paling teruk dialami sampai tak boleh nak bernafas.. Allah.. Betapa senang Dia nak tarik nikmat sihat kita kan.. Maka bersyukur pabila sihat. Manfaatkan waktu sihat sebelum sakit *macam ingat 5 lima perkara sebelum lima perkara*..

Orang kata sakit ni boleh menghapus dosa dosa kecil kita. Insha Allah.. Betul tak ustaz?? Sakit jugak mengajar kita erti sabar dan.. Sila fikir dan renungkan sendiri.

Baru hari ketiga bersekolah sudah dapat mc.. Saya bukanlah manusia yang suka menziarah klinik jugak bukan peminat tegar ubat *siapa pun tak*.. But this time pertama kalinya ubat ubat yang diberi berjaya dihabiskan.. Kenapa? Sebab badan sangat tak boleh nak bertahan.. Kecuali ubat batuk dan ubat sakit tekak yang tak pernah bersentuh.

Mungkin sebab perubahan cuaca? ke perseketiran? ke habuk yang tebal sangat? Ke homesick?
Semua bergabung actually..

Doakan kesihatan saya ye.. Sebab nak focus dalam kelas.. Supaya sem ni dapat tengok sedikit peningkatan..  

Doakan jugak kejayaan semester baru ini.. Moga kita sama sama beroleh kejayaan. Hah!! Sebelum tu, sementara masih diawal sem, perbetulkan balik niat belajar kita. Sama ada untuk beroleh cgpa tinggi atau sebaliknya? Tepuk dada tanya padaa hati fikir dengan akal yang panjang :)

Wassalam..

Nota hati: Doa orang yang di kota suci lagi cepat makbul mungkin. Doakan saya, aunt yam dan en suami.. Dan awak..

Monday, 8 September 2014

SEMESTER BARU

Assalamualaikum..

Maka cerita pada hari ini semestinya pasal new semester kan.. 

Suppose sem ni sem last saya tapi disebabkan saya ni pemalas ambil short sem dan jugak malas ambil 7 subjek bersamaan 21 credit hour every sem, makanya semester saya berbaki dua sebelum graduate!! Owh lupa. Bachelor Accounting kalau nak habis within 4 years *4 tahun paling paling cepat* kena rajin selalu wajib amik short sem dua subjek!! Atau rajin amik 7 subjek untuk cover short sem yang kita ponteng itu! 

Berceritanya.. sem lepas duduk off campus so tak boleh nak book bilik untuk this sem. Kenalah walk in. Jadinya, mahallah semua kehabisan bilik. Kesian jadi budak senior yang dapat level 4 bilik usrah yang tiada privacy *ku nekad mintak tukar bilik*... Mungkin level 4 panas kipas rusak depan toilet jugak berdepan mahallah budak lelaki tak boleh bukak tingkap gelap gelita rumate tidur tak tutup lampu semua tu boleh diterima JIKA wifi ada! Ini wifi pun tak ada. Sendirian berhad nampaknya -.-

Alhamdulillah pre reg untuk study semuanya settle tiada masalah. Class pun dah bermula dah ada homework date exam test presentation semua.. So happy happy macaroon..

Erm.. Tak sampai 48 jam duduk kehel ni, olready got flu.. Bersin yang stop tengah jalan rasanya memang pergh!!!  Mohon doakan kesihatan saya..  Maka kita stop here.

Nota hati: awak yang jauh diperantaun jaga diri ye awak. Then you can take care me *dalam mimpi saya*

Sekian terima kasih..