Saturday, 28 April 2012

CA membunuhku

Assalamualaikum..


Baru punya kesempatan mengupdate blog.. Semestinya topic utama kali ini MIDTERM CA. Test 2 baru2 ni sangat mengecewakan. Kalau test 1 lepas kecewa, test kali ni tersangat kecewa. Tapi. sila salahkan diri sendiri. Tanya diri kenapa tak study betol2, kenapa ada masa nak berfacebooking dan seangkatannya yang sekadar membuang masa... Di situ lah silapnya aku.. Nak belajar bab kira2 ni memang tak boleh dibuat last minit. Hanya akan membawa padah!!

Kebetulan pulak minggu tu banyak sangat masalah yang menimpa..(nak salahkan masalah pulak kan). Habis jawab exam, masih mampu tersenyum pada kawan sebelah.. Bila keluar class je, air mata laju je keluar. Tak dapat nak ditahan2. Ditambah pulak dengan inccident yang aku xsangka langsung. Bertambah sedihlah hati aku kan. Dan buat julung2 kalinya NURUL IZAZI melihat aku menangis(sory izazi). Try buat aku stop nanges.. Terima kasih izazi..

Balik bilik dan terus tidur.. Semua mesej buat bodoh je. Mahukan sedikit ketenangan selepas hati terluka(kunun je). Waktu tu dah terasa macam nk demam.. So petang tu menghabiskan masa berjalan2 di sekitar halaman rumah(mahallah) nak bagi peluh keluar.. Terasa sedap badan ni sikit.. Malam tu pulak tertelan 2 biji panadol(patut makan 1 je ye). Maka dengan kadar yang segera, aku pun sihat.. Alhamdulillah..

Topic sampingan pulak: sembuhlah wahai hati
Hati kecil ini berkata "Mungkin ni balasan kot. Dulu xpernah nak jaga hati orang kan(sekarang pun still sama).. Cakap pun main lepas je.. Sekarang padan muka. Kena diri sendiri.." Hati aku sedih.. Tahu tak aku sedih?? Orang tu buat aku sedih kot!! Sampai hati dia buat aku macam ni.. Betol betol betol betol betol betol betol...

Mungkin aku jugak salah kot.. Tapi.. Berhenti disini!!!!!!


Monday, 23 April 2012

Walaupon tahu diri still tak study ntuk menghadapi hari esok tp, ada hati pulak nak update blog.. Semestinya lah kan.. Sebab harini sangat panas.. Otak pon tak boleh nak study betol2.. So, diambilah kesempatan ini untuk berbloging sebentar cuma.

Hanya mau berkata:

Harini aku menyedari satu benda. Satu benda yang aku sememangnya tak nak terima tapi patut ku akui. Hati ini tak mungkin spt hati yang dulu. Sekalipun dipaksa gembira, ianya tetap berasa sakit. Malah masih ada sinar pahit kelihatan..

Maafkan hati ini.. Biarkan ia menjauh kerana ia berasa tenang.


Thursday, 19 April 2012

Just for u!!

Entry ini khas ditujukan buat seorang sahabat mungkin...
Just want to say:
"TAHNIAH'
Disebabkan malu nak cakap direct so, cakap kat sini pun ok what..
I'm proud ada kawan macam dia..
Even mungkin dia tak anggap aku sbgi kawan pon.
Apapun, aku terasa happy kot!!

Ok sekian dulu..
nak siapkan script for dua prestation esok..


Aku pi rompak pict ni from FB org tu.. Maaf...

Thursday, 5 April 2012

Terima Kasih Ma..

Hye kengkawan semua..

Semasa menulis entry ni, lagu istikharah cinta tengah berkumandang kat bilik.. Lagu ni sedaap sampai jadi ringtone suatu ketika dulu..(Ini cuma intro je ok)

Bermulalah suatu kisah antara sang ibu dan anaknya yang manja(kalah manja si adik bongsu):

Di suatu petang, hati terasa sangat tak tenteram.. Mungkin disebabkan bakal menghadapi exam yang berderet deret saban hari, jugak presentation, mungkin jugak sebab assignment yang tiada penhujung, mungkin sebab masalah yang sengaja dibuat2, dan mungkin jugak disebabkan mark yang tak seberapa.. Bagi menenangkan hati, call lah si mama..(orang kata dengar suara mak ni boleh menenangkan hati kita).. Mama ni pulak mesti tau if aku call, mesti ada something yang happen..

Buat pertama kalinya, aku meluah perasaan dengan mama.. Then my mama ask nak apa? Penuh semangat aku cakap nak balik sekarang!! Tak nak duduk sini lagi.. Sedih.. (air mata dah bergenang.. coverline tak nak mama tau tengah nangis. But she knows i'm crying.). Pastu kata nak apply SPA then nak berenti dari IIUM(macamlah ada kerja kan).. tak nak tinggal sini lagi.. Mama cakap jangan sebab benda kecik dah buat keputusan macam ni.

Nangis pulak kan.. Tp still cover line. Huhu.. Sejak dah besar ni dah dua kali nangis depan diorang.. First, first day SPM.. ada student meniru wktu exam depan mata aku.. aku pun report kat pengawas. Tapi dia buat bodah je. Sedih.. Habis exam tu, budak2 peniru gelak2.. Makin sakit hati aku.. Dahlah subjek sejarah yang aku tak pernah nak pass bila exam.. Tapi aku takde pon main kotor.. Alhamdulillah dapat A untuk SPM. Terkejut.. Second time nangis waktu mula2 nak datang KL.. sebelum ni tak pernah pisah dgn dorang. Tiba2 kena jauh dr family!! How I can survive?? So, bila kawan2 selalu ckp dah lama tak balik, homesick dan seangkatannya, ak selalu fikir aku ni tak homesick ke? Aku lagi homesick tersangat2 dr mereka ye.. Just I didn’t show it.. And u all takkan faham pun..(sekadar iklan sebentar)

Berbalik kpd topic asal. Then si bapa pulak menyampuk(mama guna loudspeaker ok). He advises me “tak perlu nak peduli orang lain. Bukan diorang pun yang bagi ko senang nanti. Si ***** pun ada kan..Just talk with that person”(tiba2 nama orang ni pulak kena mention. Apa kaitan??). Actually betol lah tu. Kenapa nak kusutkan otak dgn benda2 yang tak berfaedah kan.. Tp hati still merayu2 nak balik rumah as soon as possible..

Ending dia, hati aku dah sedikit tenang.. dah boleh focus untuk study.. Soal balik fikir kemudian hari..

Entry ini sedikit merepek2.. Maaf kerana membazirkan masa anda yang sudi membacanya.. Thanx..


Ini mama yang sangat banyak bersabar dengan aku.. Thanx mum..

Monday, 2 April 2012

What happened today?

Sekalipon blog tak siap diupgrade lagi..
Sekalipun report yang harus dihantar esok tak siap2 lagi..
Sekalipun exam + kuiz + presentation tak disentuh lagi..
Mencoret dibelog harus semangat!!
Sila contohi dhaz disini..


Tadi class fiqh, sangatlah siiikit student yang datang.. (sikit ke?) Mungkin sebab student still mood bercuti kot.. Aku sendiri pun terasa malasnya nak bangun.. Plus plus hujan pulak.. Memang sedap owh nak tido!!!

Sampai kat class terlewat dari hari2 sebelum.. (kata azam sem baru dtg class awal). Bila sampai class "asal sikit je ni.." Rasanya tadi dah dtg lambat, rupanya belambak lagi yang dtg lambat dari aku. Ada yang tak datang terus!! Mood bercuti still merajai diri..

Pastu lect pun datang lagi lambat!! Melebihi limit.. Ikut polisi IIUM, if lect lewat 25 minit makanya dianggap takde class! Dan sir SAIM lewat 35 minit.. Disebabkan aku dah jadi sedikit baik, aku just stay dlm class dgn harapan "sir tolonglah jangan datang".. Harapan tinggal harapan je lah bila tiba2 sir masuk mengejut kan..

Masuk class je dia suh submit report. Kami para student ni langsung tak nak hantar even dah siap.. Sir yang comel sangat baik hati.. Even ada group yang tak submit report, dia langsung tak tunjuk muka xpuas hati.. Malah dia siap kata " ok no problem.. when u can submit it?''

Tadi pergi Finance jugak.. Ni gara2 tersalah matric no kat slip yuran.. "Macam mana boleh salah tulis matic no sendiri". Ok sebenarnya bukan silap aku ok.. Tu salah sis dekat bank.. Harap maklum..

Markah markah markah!!
Tadi dapat markah untuk FIQH + CA.. Alhamdulillah CA pass.. Buat haritu sgt terok.. Dan dapat markah pun opkos terok kan.. If cikgu acc sekolah tau aku dpt mark teruk mcm tu mmg kena bebel lah kan.. How about fiqh?? Fine.. Sebab belajar last minute kan.. So, dapat mark macam tu pun sangat bagus.. Tahniah..

Ok mari kita sambung buat report!!

#tadisidhazpontengclassBE!!