Tuesday, 27 December 2011

Salam...

Kiranya sejak dua menjak ni dah jarang jarang nak update blog kan.. Ikutkan hati ni, nak je update setipa hari tau.. Tp, tak tau nak update apa bende.. But but but.. Hari ni nak citer pasal exam exam exam..

Rasanya kan, semua u pun tengah nak exam kan.. Saya pon nak exam!! Baru lepas 2 exam :

STUDY CIRCLE
Masa diperuntukan: 30 minit
Soalan: 30 mcq
Topic: What u have learn during halaqah
Comment dhaz: Saya tak tau nak jawab apa for paper ni. Every sem pon memang tak tau nak baca apa.

TILAWAH
Masa: 5 minit kot
Soalan: Just baca depan ustaz
Comment dhaz: Tadi suppose exam kul 3 suku. So saya dtg kul 3. Sampai2 je, belambak2 orang tgh tunggu turn.. Knplah lambat sgt korang ni?? Nak tunggu exam tu punyalah lama tp, examnya punya sekijap jak!!

6 papers more

Final exam?? Apa yang terlintas di otak anda? Kalo ditanya saya lah kan, laju je mulut ni jawab BOLEH BALIK!!!!!! huhu.. Betol lah kan.. Then kan, confirm sgt lah bila buka facebook mesti post yang paling byk dibaca mcm ni:

*dah nak final exam. assignment tak siap lagi. kuiz tak habis lagi.
*study week
*next week nak final. tak study lagi..
*all the best..

Pendek kata byk lah lagi status2 pasal exam ni.. Mestilah nak bagitau 1 dunia yang kita tengah nak exam kan..

Then, bila exam dah habis, status macam ni pulak yang keluar:

*alhamdullillah.. habis jugak exam.
*senangnya hati exam dah habis. Boleh enjoy!!
*exam dah habis.. jom cuti.. selamat holiday!!

Lebih kurang lah tu kan.. Saya sendiri pun kadang2 buat bende mcm ni.. Salah ke?


Soalan wajib kena tanya pulak by member ke sapa2 during exam:

*exam start bila?
*paper habis bila?
*tinggal bape paper lagi?
*balik bila?


Kebelakangan ni memang soalan mcm tu akan ditnya. Saya pon tny org & org pon tny saya.. Ni antara dialog febret hujung sem ni:

A: exam start bila?
B: tahun depan.
A: wah.. lama lagi..

lalu B pun berfikir " tahun depan tu lama lagi ke? hari ni bp haribulan?"

Ok ok ok..
Dah. Cukuplah setakat ni je dulu ye.. Semoga kita bertemu lagi di episode akan datang! Selamat berexam!!



Semangat tau si cute ni study..
.
.
.
.
.
.
terpengsan sudah dia telampau byk study!!





Thursday, 22 December 2011

Penghujung Sem

Salam semua...

Lagi ada class mau attend ni before berakhir sem 2 for my study out from 8 sem ke 12 sem maybe? Banyak tak sem yang kena ambik?? Tu tak masuk masa buat foundation..



Erm.. tadi pon baru lepas buat presentation + kuiz.. Lec lec ni kan hebat owh.. Suppose mereka memang kena bijak pandai bukan? Ngat bila last2 clas ni boleh lah nak ponteng ke.. Takpun diorang bagi keluar awal ke.. Ni tak.. Kat situ lah nak buat kuiz, nak presentation, nak bagi bonus mark, nak bagi pape mid term, nak bagi info final exam..

So, kena lah datang jugak.. Then then then.. Like Siti Nur have done in her blog, saya pun nak story jugak about subjek2 yang diamek for dis sem.. Suka duka sem ni..

First of all, kena tau dis sem satu subjek pun takde yang best.. For me lah.. Especially class tue-thu.. Memang kena cop hari for sleepy subjek.. Dahsyatnya!!

Sem ni jugak kan.. Memang selalu datang lambat!! Hahaha.. Sometimes tu, bangun dah awal.. Bersiap pun dah.. Tapi kan.. Still masuk class lambat.. Apa yang dibuat pun tak tau.. Boleh dikira berapa kali masuk class awal.. Nex sem rasanya still masuk lambat since kena jarak dari satu subjek ke satu subjek sgt jauh like from utara ke selatan.. huhu..

Sem ni jugak, selalu tak amik serius lec cakap apa kat depan.. Sampai2 pernah kena tegur!! Siyes waktu tu malu.. Tapi still buat lagi..

Lagi lagi lagi.. Proceed to my schedule for final exam..

23 Dis UBS Test
24 Dis Halaqah
27 Dis Tilawah
6 Jan ICTM + FONDATION OF ISLAMIC ECONOMIC
7 Jan MANAGEMENT ACCOUNTING FUNDAMENTAL
10 Jan INTERMEDIATE ACCOUNTING
11 JAN PRINCIPLE MACROECONOMIC
15 JAN FIQH FOR ECONOMIC + FLIGHT



Wawawa.. 6 Jan tu paling syok!!! 2 papers.. Seronoknya.. Plus plus both kena baca.. Tu yang menambah lagi keseronokan..

Lagi best bila final paper kena waktu balik kan.. Memang tak terfokus nak study..

Apapun, tak sabar nak balik rumah.. Nak tengok rumah baru!! Nak makan byk2 kat since kat sini bila wekend je mesti tak makan.. Malas nak keluar plus plus cafe tak best!! Saya memang byk songeh!!

Lastly, all the best for my friends.. Do the best for our exam.. Even midterm kita ok ke ko ke.. Yang penting harapan tu still ada kat final exam!! Semoga kita semua akan succuss for this exam.. Amiin...

Sunday, 18 December 2011

Di mana keikhlasan

Salam..

Agak lama jugak tak mengupdate blog. Tak de bende nak share + otak pun hang nak cari topic apa..

Semalam, kakak usrah buat qiam bertempat di musollah summayah ke nusaibah. Tak sure musollah mana. Dan pagi tadi suppose pi Perak. But disebabkan rasa malas nak berjalan disapot pulak permission from parents tak dapat maka, duduk bilik lah jawabnya..

Al kisahnya begini, pigi qiam pun disebabkan dah lama tak datang usrah.. 3 weeks ponteng bersebab..(2 je bersebab). Kiranya nak jaga hati kakak usrah lah ni. Masih wujud kah keikhlasan ketika menuju qiam? Directly jawab, tiada.

That why kat musollah spt buang tabiat.. Dalam hati, rasa bersalah kat semua ukhti yang hadir. Especially kat kakak usrah ktorang.. Mintak maaf dekat korang semua.. Boleh ke mintak maaf mcm ni? Macam lah dorang baca kan. huhu..

If nak kena marah ke kena tegur ke, terima seadanya.. Sebab tau diri yang salah..



So, nak cakap.. If nak tau saya ikhlas ke tak, boleh tgk through perangai saya ok.. Sebab saya tak reti nak sorok perangai buruk yang satu ni..

Dan anda semua, jangan tiru saya. Ikhlaskan hati anda dalam segala hal..

Wednesday, 7 December 2011

Maafkan aku sahabat

Salam buat semua sahabat..




Semua orang, mudah berkata, dia punya teman terbaik, saat susah dan senang, pasti akan bersama, bahkan bicara mudah meluncurkan, bahawa dia adalah sahabat terbaikku sambil menunjuk pada sesiapa yang disenangi.

Maka, mudahnya hati akan begitu kecewa, ketika sahabat yang begitu dicintai tiba- tiba menyakiti hati, bahkan ada yang sampai bertahun- tahun tidak bertegur, disebabkan sahabat yang begitu dipercayai membuat satu kesalahan yang tidak
disangka- sangka.

Sama sekali aku tidak ingin menjadi sedemikian rupa..

Tapi, hari ni tanpa ada sebarang niat, maksud dan tanpa sengaja, aku telah menyakiti hati dia.. Hati seorang kawan. Lebih2 lagi dia memegang status kawan baik.. Betapa teruknya aku menyakiti dia.


Sekalipun dia menyatakan everything okeyh.. But, aku tau everything takkan ok.. If someone cakap mcm tu kat aku directly, semestinya timbul rasa benci di hati. Erm.. Positif thinking kata " tu ko, dia tak macam ko. Bila dia kata ok so, dia ok lah tu"

But aku still tak patut cakap direct sampai macam tu sekali.. So, i'm really sorry about this.. Aku tak sengaja..




Aku mahu persahabatan kita akan berkekalan sampai bila bila..

Thursday, 1 December 2011

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh keseronokan
Siang malam asyik bersukaria
Tidak jemu mencari hiburan
Sedangkan aku terasing disini
Tidak banyak menghibur diri
Kerana aku lebih bimbang
Dibuai kelalaian dunia




Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kegembiraan
Sentiasa mengejar impian
Menggapai cita-cita tertinggi
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya keinginan tinggi
Kerana aku lebih takut
Matlamat akhirat tak tercapai

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kesenangan
Berlipat kemewahan
Berganda harta kekayaan
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya apa-apa
Kerana aku lebih risau
Amal ibadat tak mencukupi

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebahagiaan
Menikmati indahnya hidup berteman
Saling rindu dan mencintai
Sedangkan aku terasing di sini
Hanya duduk bersendirian
Kerana aku lebih kuatir
Diri melanggar batas menjejak zina

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebanggaan
Mengena pelbagai perhiasan diri
Menarik perhatian ramai
Sedangkan aku terasing di sini
Tiada yang sudi memandang
Kerana aku lebih rela
Membungkus diri melindungi maruah